Rancangan mengajar.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATEMATIK

          
Tarikh
02 April 2012

Penyerapan ilmu:
Bahasa


Hari

ISNIN
Masa

11.15 pagi – 11.45 pagi
Kelas

3 FADHIL
Tajuk
1.NOMBOR BULAT

Kemahiran
1.5.Pendaraban antara 6,7,8 dan 9

Hasil pembelajaran
1.5.1.Murid dapat memahami pendaraban sebagai penambahan ulangan.


Set Induksi:

1. Guru mempamer gambar guli tiga kumpulan enam-enam.
2.Guru meminta seorang murid mengira bilangan guli dalam satu kumpulan.

3. Murid membilang guli yang terdapat dalam satu kumpulan.

4. Murid menyatakan bilangan guli.(Ada 6 biji guli)

5. Guru bersoal jawab dengan murid bilangan guli dalam kumpulan kedua dan ketiga dan meminta murid membina ayat matematik.Enam tambah enam tambah enam sama dengan lapan belas(6+6+6=18)

6. Guru mengaitkan aktiviti dengan topik pelajaran hari ini iaitu pendaraban 6+6+6=18 sama dengan tiga kali enam sama dengan lapan belas (3x6)=18



Perbendaharaan kata:
Pendaraban,
darab dengan,
penambahan berulang,
sama dengan,
sifir
jadual sifir


Langkah 1:

1. Guru menunjukkan kad gambar objek.

2. Guru dan murid bersoal jawab mengenai objek.


3. Murid diminta mengira bilangan objek dalam gambar tersebut bersama.

4. Guru meminta murid mengambil kad nombor yang sama dengan bilangan objek.

5. Murid menampal kad nombor di hadapan kelas.

6. Murid berbincang dengan guru aktiviti dari dalam buku teks.

BBM:
  1. Gambar pensel.



Langkah 3:

1. Murid diberi lembaran kerja.

2. Murid membilang objek dan kumpulan di dalam gambar.

3. Murid menulis ayat matematik darab bagi bilangan objek tersebut.

BBM:
Lembaran kerja.

Penutup:

1. Guru mempamerkan beberapa gambar dan ayat matematik darab.

2. Guru meminta murid membaca ayat matematik darab.

3. Murid mendengar penjelasan guru tentang pendaraban .

4. Guru meminta murid membuat kerja rumah dari buku kerja.

BBM:
Bola.